Pasukan Gerakan Am rampas makanan sejuk beku bernilai RM836,062

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 12:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Petugas Khas dan Jabatan Veterinar merampas makanan sejuk beku bernilai RM836,062 dari sebuah premis pemborong di sini, pada Jumaat.

Komander Briged PGA Sabah, SAC Datuk Abdul Rani Alias, berkata rampasan dibuat kerana pemborong tersebut disyaki memiliki makanan sejuk beku tanpa dokumen sah.

Beliau berkata, empat individu telah ditahan dalam serbuan yang dijalankan di bawah Op Taring Chiller.

“Pelbagai jenis makanan sejuk beku, termasuk daging lembu, ayam, itik dan lain-lain telah dirampas. Kesemua barangan ini dianggarkan bernilai RM836,062.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 dan Peraturan 38(1) Akta Makanan 1983 kerana gagal mematuhi syarat penyimpanan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, PGA akan terus komited dalam membanteras aktiviti haram yang mengancam keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat.