
Kota Kinabalu: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Negeri akan mengetuai suatu pasukan petugas khas untuk mengkaji dan mencari penyelesaian bagi tapak pelupusan sampah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Isu ini adalah antara perkara yang dibangkitkan semasa lawatan beliau ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu.
Dalam lawatan ke PBT Kota Belud, Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II menerima taklimat tadbir urus daripada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Haji Ismail.
Hadir sama, Adun Tempasuk Datuk Mohd Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Haji Bakri Haji Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie serta Ahli Majlis Daerah dan Pegawai KKTP.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Antara isu yang dibincangkan ialah soal tapak pelupusan sampah.
Dalam lawatan ke PBT Kota Marudu, Dr Joachim dan rombongan diberi taklimat mengenai tadbir urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.
Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah di Kota Marudu tidak dapat menampung jumlah sampah yang dikutip oleh Majlis.
Selain itu, jalan ke pusat pelupusan rosak dan sukar dilalui semasa musim hujan, memerlukan penaiktarafan.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada siri lawatan Dr Joachim ke semua PBT di Sabah, yang bermula pada awal tahun ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
