Pasukan Lotus’s Malaysia Menang Pingat Emas Di Thailand Ultimate Chef Challenge 2026

Food
4 Jun 2026 • 1:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pasukan Lotus’s Malaysia Menang Pingat Emas Di Thailand Ultimate Chef Challenge 2026

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasukan Lotus’s Malaysia mencipta sejarah di pentas kulinari antarabangsa setelah berjaya meraih Pingat Emas dan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Bekumpulan di Thailand Ultimate Chef Challenge (TUCC) 2026 edisi ke-12, yang diadakan bersempena dengan THAIFEX – Anuga Asia 2026 di Bangkok, Thailand.

Mewakili Malaysia di bawah panji Pasukan Lotus’s Malaysia ialah para pemenang Kategori Profesional Masak-Masak Ceria 2025 anjuran Lotus’s Malaysia:

  • Chef Muhammad Syafiq Syahmi bin Saidon
  • Chef Leo Wong
  • Chef Yuventhiran Pillai A/L Arumugam Pillai
Image from: Pasukan Lotus’s Malaysia Menang Pingat Emas Di Thailand Ultimate Chef Challenge 2026

Dianjurkan dari 26 hingga 30 Mei 2026 di Dewan 4, IMPACT Muang Thong Thani, Bangkok, pertandingan ini menghimpunkan lebih 400 cef dari seluruh Asia dan negara-negara lain, merangkumi bakat kulinari yang sedang meningkat naik hingga ke cef berpengalaman, semuanya bersaing untuk merebut pengiktirafan tertinggi dalam salah satu pertandingan kulinari paling berprestij di rantau ini.

Diiktiraf oleh World Association of Chefs’ Societies (WACS), TUCC merupakan antara pertandingan kulinari paling berprestij di Asia dan dianggap sebagai penanda aras kecemerlangan, kreativiti serta inovasi dalam industri kulinari. Pertandingan ini menyediakan pentas bertaraf antarabangsa bagi para cef menonjolkan bakat dan kepakaran mereka, memperoleh pengiktirafan global serta menjalinkan pertukaran ilmu bersama pakar industri dari seluruh dunia.

Lotus’s Malaysia menang satu-satunya Pingat Emas dalam Kategori Berpasukan

Pasukan Lotus’s Malaysia menyerlah apabila menjadi satu-satunya pasukan yang menerima Pingat Emas dalam Kategori Berpasukan, manakala semua pasukan lain menerima Pingat Perak. Pasukan ini turut mengukuhkan pencapaian mereka apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Berpasukan, anugerah yang diberikan kepada pasukan yang memperoleh markah kumulatif tertinggi dalam kategori tersebut. Pencapaian ini menjadi lebih membanggakan memandangkan TUCC 2026 merupakan penyertaan sulung Pasukan Lotus’s Malaysia dalam pertandingan berkenaan.

Bertanding dalam Asian Gourmet Challenge, pasukan ini berjaya memukau para juri dengan menu yang disusun teliti, meraikan warisan kulinari pelbagai budaya Malaysia menerusi inovatif dan persembahan yang menarik.

Image from: Pasukan Lotus’s Malaysia Menang Pingat Emas Di Thailand Ultimate Chef Challenge 2026

Antara hidangan yang dipersembahkan ialah Salad Gulung Kerabu Pucuk Paku dengan Emulsi Kelapa Panggang, Mousseline Otak-Otak Ikan Kembung bersama Sos Otak-Otak, Sup Tom Yam dengan Mozaik Udang, Patty Kambing Diperap dan dimasak dalam Sos Rogan Josh, Ayam “Boxing” bersama Kari Masala Hijau, serta pencuci mulut Leum Kleun Lava dengan Semi-Freddo Teh Thai dan Teh Thai Hijau Buih.

Image from: Pasukan Lotus’s Malaysia Menang Pingat Emas Di Thailand Ultimate Chef Challenge 2026

Kejayaan ini mencerminkan keberkesanan platform Masak-Masak Ceria dalam mencungkil dan membangunkan bakat kulinari tempatan. Sebagai pertandingan kulinari utama Lotus’s Malaysia, Masak-Masak Ceria menyediakan ruang kepada cef profesional dan bakat kulinari yang sedang meningkat naik untuk mengasah kemahiran serta mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Selepas dinobatkan sebagai juara Kategori Profesional Masak-Masak Ceria 2025, ketiga-tiga cef tersebut kini berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia di persada kulinari global.

Encik Saksit Panurach, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, berkata, “Pencapaian ini merupakan momen membanggakan bagi Pasukan Lotus’s Malaysia dan juga industri kulinari Malaysia secara keseluruhannya. Memenangi satu-satunya Pingat Emas dalam Kategori Berpasukan serta dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Berpasukan dalam pertandingan antarabangsa yang diiktiraf WACS merupakan satu pencapaian yang luar biasa. Apa yang menjadikan kemenangan ini lebih istimewa ialah penyertaan Pasukan Lotus’s Malaysia dalam Thailand Ultimate Chef Challenge ini merupakan yang pertama. Bersaing dengan lebih 400 cef dari seluruh rantau dan muncul sebagai pasukan dengan markah tertinggi pada penampilan sulung kami membuktikan bakat, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang luar biasa dalam kalangan cef kami. Kami amat berbangga dengan pencapaian mereka serta penghormatan yang telah mereka bawa kepada Malaysia.”

“Lotus’s Malaysia mengucapkan tahniah kepada Chef Muhammad Syafiq Syahmi bin Saidon, Chef Leo Wong dan Chef Yuventhiran Pillai A/L Arumugam Pillai atas pencapaian cemerlang mereka serta kejayaan mengharumkan nama negara dan mengibarkan Jalur Gemilang di pentas kulinari antarabangsa,” kata Lotus’s Maalysia.

Masak-Masak Ceria merupakan pertandingan kulinari utama Lotus’s Malaysia yang meraikan kreativiti dan kecemerlangan dalam bidang kulinari, di samping menyediakan platform kepada cef profesional dan bakat kulinari yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka. Pertandingan ini bertujuan memupuk bakat kulinari serta mempromosikan warisan makanan Malaysia yang kaya dan pelbagai.