'Pasukan Manchester United paling teruk saya pernah lihat'

Football
14 May 2024 • 10:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reaksi Sofyan Amrabat dan Jonny Evans selepas United tewas kepada Arsenal pada Ahad. Foto EPA

BEKAS pemain England, Alan Shearer berpendapat pasukan Manchester United yang ada pada ketika ini adalah pasukan paling teruk pernah dilihatnya walaupun ketika Erik ten Hag mempunyai pemain yang cergas sepenuhnya untuk dipilih.

United telah mengharungi musim yang suram apabila ketika ini berada di kedudukan kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) menuju dua lagi baki perlawanan musim ini.

Walaupun telah mara ke final Piala FA, namun mereka bakal menamatkan saingan EPL pada kedudukan terburuk selain bolos 71 gol dalam kesemua pertandingan yang merupakan rekod paling banyak sejak 1971.

Mereka juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan selepas dibelasah 0-4 oleh Crystal Palace dan tewas 0-1 kepada Arsenal dengan persembahan yang sangat hambar.

"Saya rasa ini pasukan United paling teruk pernah dilihat dalam hidup saya. Anda tidak boleh menyalahkan usaha mereka - mereka mencuba (menentang Arsenal).

"Tetapi, dari segi keupayaan dan saya tahu mereka mengalami banyak kecederaan, tetapi ia bukan bermakna mereka boleh menyalahkan faktor tersebut," katanya.

Shearer berkata, United juga telah mengalami kemerosotan prestasi cukup lama dan akan mengambil masa untuk kembali bangkit.

"Mereka telah berada pada tahap terendah untuk masa yang lama dan akan mengambil masa untuk kembali kuat.

"Malah, jika semua pemain mereka cergas, ia masih akan mengambil masa yang lama untuk mereka jadi pencabar. Terutama untuk menyaingi Manchester City, Liverpool atau Arsenal," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved