Pasukan Misi Tanah Runtuh Bekerja Keras Sepanjang Malam Bagi Mencari Mayat Ke-25

21 Dec 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat mangsa ke-25 dibawa keluar daripada tapak kejadian. - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ adalah gambaran tepat bagi menyimpulkan situasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor.

Menerusi apa dilihat dan didengar, kita mungkin hanya boleh membayangkan betapa mencabarnya tugasan dipukul anggota pasukan itu.

Hakikatnya sukar digambarkan dengan kata-kata, seperti pengalaman saya mengikuti misi mereka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam semalam untuk membantu merakamkan gambar beberapa anggota pasukan yang bertugas.

Seketika kemudian, saya terpaksa berhenti sebentar kerana letih dan sukar bergerak di tanah lembik serta berlumpur, sambil membawa peralatan kamera yang berat.

Seorang daripada anggota pasukan itu berkongsi dengan saya bahawa mereka terpaksa menikmati makanan yang dihantar kepada mereka di tempat pencarian, bagi memastikan misi untuk mencari mangsa masih hilang diteruskan.

Ketika operasi ingin ditamatkan sementara semalam, pasukan itu menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan tertimbus pada kedalaman lumpur 16 meter (m).

Situasi itu cukup menyedihkan dan menyayat hati saya tatakala melihat anggota pasukan mengangkat mayat kecil berkenaan daripada serpihan runtuhan, sebelum meletakkannya di dalam beg mayat serta dibawa keluar dari kawasan pencarian. - The Vibes, 21 Disember 2022

image is not available
Mesin jengkaut mengali tanah di Sektor C untuk mencari mangsa yang tertimbus. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Anggota bomba bergerak ke tapak kejadian tanah runtuh di waktu senja. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Petugas memasang lampu untuk menerangi kawasan kejadian. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Seorang anggota bomba membawa makanan untuk rakan yang bertugas. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Dua orang anggota bomba sedang memantau usaha mencari. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Sebuah bagasi kecil ditemui di tapak kejadian tanah runtuh. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Anggota bomba yang kepenatan menjalankan usaha mencari mangsa, berehat sebentar. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Anggota penyelamat tanah runtuh Batang Kali meletakkan mayat mangsa ke-25 tragedi itu di dalam beg mayat. Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui tertimbus 16m dalam lumpur. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available

image is not available
Anggota bomba yang terlibat dalam usaha mencari mangsa kejadian tanah runtuh, berehat untuk makan malam semalam. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Anggota penyelamat di Batang Kali berkumpul di sekitar unggun api pada hari kelima pencarian, malam tadi. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Kunci kecemasan pintu pagar utama di lokasi kejadian tanah runtuh Batang Kali. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Seorang anggota bomba berehat selepas berhempas-pulas selama lima hari dalam operasi mencari dan menyelamat. - Gambar oleh Sairien Nafis