Pasukan penyelamat khas Gunung Kinabalu dilancar

7 Jun 2023 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Sebuah pasukan penyelamat khas yang dikenali sebagai Pasukan Penyelamatan Altitud Tinggi Gunung Kinabalu (SAR-HAT) telah dilancarkan dengan rasminya di sini pada Selasa.

SAR-HAT, yang terdiri daripada 30 anggota itu dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Ia merupakan inisiatif unik pertama seumpamanya di Malaysia.

Pasukan tersebut terdiri daripada kombinasi Pasukan Penyelamat Taman-Taman Sabah (20 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau MoSAR (enam orang) dan malim gunung (empat orang).

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Liew berkata, ketiga-tiga pasukan ini merupakan “First Responder” apabila berlakunya sesuatu kemalangan di Gunung Kinabalu dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut beliau, pewujudan Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu atau High Altitude Training Centre (HAT) itu merupakan salah satu hala tuju di bawah konsep Sabah Maju Jaya.

“Bagi pihak Kementerian, pengwujudan pusat latihan ini merupakan ‘produk ikonik’ yang pertama diwujudkan di Malaysia.

“Kita sebagai rakyat Sabah, amat bertuah mempunyai Gunung Kinabalu yang tertinggi di Malaysia atau di rantau Asia Tenggara (4,095m) yang menjadikan Gunung Kinabalu sebagai tempat pembiasaan atau latihan kepada pendaki-pendaki sebelum mendaki Gunung Everest .

“Saya percaya dan penuh yakin, pembukaan secara berfasa Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu akan mendapat sambutan dan dapat memberikan alternatif serta kepuasan kepada pendaki-pendaki gunung di seluruh dunia,” kata beliau.

Bagaimanapun, tambah Liew, keselamatan pendaki adalah keutamaan pengurusan Taman-Taman Sabah.

Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan Taman-Taman Sabah atas langkah ke hadapan mewujudkan SAR-HAT di sini.

Liew berkata, penubuhan pasukan ini bukan sahaja bagi memperkukuhkan penyelamatan pendakian tetapi sebagai langkah persediaan bagi pembukaan pendakian aras tinggi Gunung Kinabalu, termasuk Latihan Simulasi Penyelamatan Aras Tinggi yang diadakan pada Selasa.

“Saya juga dimaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi pendakian gunung akan ditambah baik selepas ini termasuk memastikan pendaki mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum mendaki.

“Untuk rekod, jumlah kes kemalangan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini (2023) adalah sebanyak 73 kes berbanding sepanjang tahun 2022 iaitu sebanyak 77 kes kemalangan.

“Sebahagian besar kes kemalangan ini melibatkan penyelamatan penuh iaitu mengangkat mangsa turun ke Pintu Timpohon disebabkan oleh penyakit akut gunung (AMS), yang menunjukkan pendaki kurang bersedia semasa membuat pendakian,” kata beliau.

Liew berkata demikian semasa menyempurnakan acara penutupan Program Memperingati Gempa Bumi Gunung Kinabalu Ke-8 yang diadakan di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu pada Selasa.

“Program ini amat bermakna bagi saya, dan seluruh jabatan dan agensi penyelamat yang terlibat dalam penyelamatan mangsa pada hari tersebut.

Kita telah mengambil iktibar, pengalaman dan perkongsian kesedihan pada masa tersebut.

“Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu telah berlalu lapan tahun yang lepas, tetapi ia amat bermakna dan bersejarah, bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang terkorban tetapi juga kepada seluruh kakitangan jabatan dan agensi penyelamat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, termasuk Taman-Taman Sabah.

“Pada kesempatan ini, marilah kita mengimbas semula peristiwa pahit dan sedih gempa bumi yang melanda gunung Kinabalu pertama kali dalam sejarah Malaysia pada 7.15 pagi, 5 Jun 2015, dengan kekuatan magnitud 6.0 (Skala Richter),” kata beliau.

Bencana tersebut telah mengorbankan 18 pendaki, selain menyebabkan 137 lagi terkandas di kilometer 6.8.

Daripada 18 orang yang terkorban, empat adalah malim gunung, tujuh orang pelajar dari Singapura yang berusia antara 12 hingga 16 tahun, tiga guru pengiring, dua pendaki Malaysia, seorang pendaki warga China dan seorang pendaki warga Jepun.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban. Saya dimaklumkan wakil keluarga mangsa malim gunung ada bersama-sama kita hari ini,” jelas Liew.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.