
SUBANG : Malaysia telah menggerakkan Operasi Starlight melibatkan anggota perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi misi Hospital Medan Tahap 3 di Turkiye.
Sesi penghantaran kumpulan pertama, terdiri daripada 36 pegawai dan anggota berserta peralatan seberat 44 tan, selamat berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 3 pagi tadi.
Keseluruhan 106 pegawai dan anggota ATM diketuai oleh Brigedier Jeneral Datuk Dr Amran Amir Hamzah sebagai Pemerintah Operasi, diterbangkan ke Turkiye menerusi tiga fasa penghantaran bermula hari ini menggunakan pesawat A400 dan pesawat komersial.


MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia
The post Pasukan perubatan ATM berlepas ke Turkiye bagi misi hospital medan first appeared on UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah.

