
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas 1,000 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran selepas serbuan ke atas sebuah pondok di Kampung Tandu, pada Sabtu.
Satu Pasukan anggota Polis Marin menyerbu pondok tersebut sekitar pukul 5.30 petang selepas menjalankan pemantauan dan risikan di kawasan itu.
Ketua Komandan Marin Lahad Datu, Supt. Rohizan Mohamad Saaid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kira-kira 1,000 liter petrol di dalam sebuah tangki air plastik berwarna hitam.
“Pasukan turut merampas dua tangki air plastik kosong, sebuah pam, dan dua unit paip plastik,” katanya, menambah bahawa petrol tersebut dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Menurut Rohizan, semua rampasan dibawa ke pangkalan Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, rampasan tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

