Pasukan Polis Marin gagalkan cubaan seludup petrol, ammonium nitrat

LocalPolitics
27 May 2025 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua bot menyeludup petrol dan ammonium nitrat melalui perairan Pulau Boheyan di sini, pada Sabtu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata sekitar jam 12.35 tengah malam, pasukannya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Boheyan.

Bot terbabit cuba melarikan diri namun berjaya dipintas oleh pihak PPM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki warga Filipina berusia 23 dan 34 tahun di dalam bot tersebut tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pasukan juga menemui 40 gelen kosong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan petrol ke negara jiran,” katanya.

Menurut Mohd Nazri, kedua-dua suspek bersama barangan rampasan yang dianggarkan bernilai RM38,000 dibawa ke Pangkalan Operasi Marin untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 31(2) Akta Polis kerana tidak mematuhi perintah berkurung.

Dalam operasi berasingan, PPM turut merampas 40 guni berisi ammonium nitrat yang ditinggalkan di dalam sebuah bot di pesisir pantai Pulau Boheyan sekitar jam 5.45 pagi.

Mohd Nazri berkata, rampasan yang dianggarkan bernilai RM26,000 itu dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Polis Marin akan terus komited membanteras aktiviti penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara dengan memperhebat rondaan dan operasi, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.