Pasukan Polis Marin gagalkan cubaan seludup rokok di Semporna

LocalPolitics
14 Mar 2025 • 12:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk rokok melalui perairan Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum, di sini, pada Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata Unit Risikan Marin (URM) merampas 62,000 batang rokok, dipercayai tidak bercukai, dalam satu operasi sekitar jam 5.30 pagi.

Turut ditahan seorang lelaki yang dipercayai juragan bot dalam operasi terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot laju itu menemui beberapa kotak berisi rokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Jumlah keseluruhan rampasan, termasuk rokok, dianggarkan bernilai RM275,250,” katanya, sambil menambah, semua barangan rampasan dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

Menurut Nazri, kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Sementara itu, katanya, Pasukan Polis Marin akan terus komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan di seluruh negara.