Pasukan Polis Marin rampas petrol RM252,000

LocalPolitics
25 Sep 2025 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas petrol bernilai lebih RM252,000 dalam satu operasi di penempatan setinggan Kampung Batu, di sini, Selasa lalu.

Operasi berkenaan diketuai Unit Gempur Marin dengan menumpukan beberapa premis dan bot yang disyaki aktif menjalankan kegiatan penyeludupan petrol bersubsidi ke negara jiran.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim, berkata operasi itu membawa kepada rampasan 427 jerigen berisi petrol serta tiga bot.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM252,075.25.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam kenyataan itu, PPM Wilayah Empat turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

PPM Wilayah Empat, katanya, kekal komited membanteras kegiatan penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.