Pasukan Polis Marin rampas rokok RM593,800

26 Jun 2026 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pasukan Polis Marin rampas rokok RM593,800

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai dalam satu operasi di kawasan Jalan Sin On Tiku sekitar jam 9 malam, Selasa lalu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata kejayaan itu hasil maklumat orang awam dan risikan, selepas sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux ditahan kerana dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menemukan sejumlah besar rokok tidak bercukai yang disembunyikan dalam kenderaan berkenaan, dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, antara rokok yang dirampas ialah pelbagai jenama termasuk Premium, Nice, L.A Menthol dan L.A Mango dengan jumlah keseluruhan 365,200 batang.

“Jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan dianggarkan RM593,800,” katanya.

Ahmad Amri berkata dalam kes ini, pihaknya turut menahan dua lelaki warganegara tempatan masing-masing berumur 35 dan 40 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Mengulas lanjut, beliau berkata PPM Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiat operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang menjejaskan hasil negara serta mengancam keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved