Pasukan Polis Marin Sabah tumpas dua aktiviti haram

22 Aug 2025 • 3:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan dua aktiviti haram dalam operasi berasingan di daerah ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata dalam serbuan pertama, pasukan itu bersama Unit Gempur Marin menyerbu sebuah rumah di Taman Indah Jaya, Batu 4, di sini, kira-kira jam 8.30 malam pada 19 Ogos.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 90,800 batang rokok seludup yang disembunyikan dalam bekas plastik membabitkan nilai rampasan kira-kira RM129,618,“Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, katanya, Unit Risikan Markas PPM Wilayah 4 Sabah turut menyerbu sebuah gudang minyak diesel haram di Jalan Batu 27, di sini, dalam satu operasi berasingan.

“Dua lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 66 tahun diberkas ketika sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari tong simpanan ke dalam tangki lori dipercayai untuk dijual kepada sindiket.

“Rampasan kali ini dianggarkan bernilai RM228,935 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.