Pasukan Superkomputer Dojo Yang Melatih Tesla FSD Dibubarkan Selepas Pekerja Cabut Lari

Cars
8 Aug 2025 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Superkomoputer Dojo dibangunkan oleh Tesla untuk melatih sistem swapandu Full Self Driving (FSD). Bloomberg hari ini melaporkan pasukan yang membangunkan Dojo telah dibubarkan selepas sebilangan pekerja meninggalkan syarikat untuk membentuk syarikat mereka sendiri menurut laporan Bloomberg.

image is not available

Ketua pasukan Dojo, Peter Bannon meninggalkan Tesla dengan 20 lagi bekas kakitangan membentuk syarikat baharu Density AI. DensityAI ialah syarikat pemula yang ingin membina cip, perkakasan dan perisian untuk pusat data robotik. Teknologi mereka juga boleh digunapakai oleh ejen AI serta industri automotif. Kakitangan lain Dojo yang masih kekal dengan syarikat telah dipindahkan ke pasukan lain di dalam Tesla

Walaupun Dojo telah dibubarkan, ini tidak bermakna pasukan pembangunan FSD Tesla kini terumbang ambing. Selain Dojo, Tesla juga mempunyai superkomputer Cortex yang menurut Elon bukan sahaja melatih sistem swapandu tetapi juga sistem robotik Optimus. Cortex 1.0 telah beroperasi sejak tahun lalu dengan Cortex 2.0 yang berkemampuan lebih tinggi dibina bersebelahan kilang Giga Texas. Ia dijangka beroperasi penghujung 2025 atau awal 2026.