Pasukan tentera kerajaan Yemen tawan gunung strategik di selatan Taiz

WorldPolitics
23 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pasukan tentera kerajaan Yemen tawan gunung strategik di selatan Taiz

SANAA: Pasukan kerajaan Yemen menguasai sepenuhnya Gunung Qarfan yang strategik di selatan wilayah Taiz selepas bertempur dengan pemberontak Houthi, menurut pegawai pertahanan.

Ketua Turus Paksi Tentera Taiz, Mejar Jeneral Abdulaziz Al-Majidi dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Media Angkatan Tentera berkata, pasukan kerajaan yang mendapat sokongan pejuang penentangan tempatan daripada penduduk Bani Omar.

Abdulaziz berkata, pertempuran itu mengakibatkan lebih lima pejuang Houthi terbunuh dan kira-kira 20 lagi cedera, sambil menambah kumpulan itu terus melancarkan serangan mortar ke arah kedudukan tentera.

Houthi tidak segera mengeluarkan sebarang komen berhubung kehilangan wilayah berkenaan.

Gunung Qarfan mempunyai kedudukan penting di sepanjang rangkaian pergunungan berbatu di barisan hadapan Jardad-Bani Omar, antara daerah Ash Shamaytayn dan Al-Wazi’iyah.

Ia sekali gus membolehkan pasukan yang menguasainya mempunyai kawalan tembakan serta keupayaan memantau kawasan lembah di sekitarnya.

Perkembangan itu berlaku ketika permusuhan semakin meningkat dan menyebabkan barisan hadapan berubah sejak Julai, susulan kemaraan terbaharu Houthi di sepanjang pesisir pantai barat menuju ke Selat Bab al-Mandeb.

The post Pasukan tentera kerajaan Yemen tawan gunung strategik di selatan Taiz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved