Patah kaki sebelum majlis graduasi, rakan2 bawa jubah buat ‘pre-convo’ di wad

LocalEntertainment
15 Nov 2024 • 3:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Patah kaki sebelum majlis graduasi

Disebabkan mengalami kemalangan dan patah kaki sebelum majlis graduasi, rakan-rakan seorang mahasiswa telah membawa jubah konvokasyen dan membuat pre-convo di wad memandangkan dia masih lagi belum boleh berjalan.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Adamfitri11 di TikTok , dia telah memuat naik momen tersebut dengan menyatakan rakannya telah mengalami kemalangan kira-kira dua minggu sebelum majlis konvokesyen berlangsung.

@adamfitrii11

Lagi dua minggu nak convo member accident , dont worry bro we got you! #convocation #graduation #preconvo #degreelife #friendship #unimapmantap

♬ Sebuah Perjalanan - Deza

Photoshoot di wad sebab rakan patah kaki sebelum majlis graduasi

Jadi, memandangkan mereka sudah berkawan lama dan majlis berkenaan cukup bermakna, mereka telah mengambil keputusan melakukan pre-convo di wad hospital sahaja dengan menyarungkan jubah konvokesyen di badan rakannya yang masih lagi menerima rawatan.

Dapat dilihat mereka telah bergambar bersama-sama walaupun rakannya duduk di kerusi roda dengan sebelah kaki bersimen disebabkan patah.

image is not available

Bantu rakan patah kaki sebelum majlis graduasi pakai & tanggalkan jubah konvo

Mereka turut membantu rakan mereka yang kurang sihat itu untuk memakai jubah serta membukanya selepas sesi pengambaran selesai.

image is not available

Suka dengan friendship macam ni

Semangat setiakawan yang ditunjukkan mereka telah menerima pujian daripada netizen di media sosial apabila rata-rata mendoakan agar hubungan mereka terus kekal berpanjangan.

Ada juga di antara mereka mengucapkan tahniah kepada para mahasiswa terbabit serta mendoakan rakan yang sedang mengalami kecederaan segera di beri kesembuhan.

image is not available

Beruntung dapat kawan2 yang hebat

image is not available

Sama2 doakan rakan mereka diberi kesembuhan

image is not available

Semoga cepat sembuh!

image is not available

Susah senang bersama sewaktu zaman belajar pastinya memberikan kenangan yang cukup bermakna dalam kehidupan seseorang memandangkan rakan-rakan adalan insan paling terdekat ketika itu.

Tahniah diatas kejayaan menamatkan pengajian bersama.

Sumber: TikTok Adamfitri11

View Original Article