PATI Ambil ‘Kesempatan’ Mohon Kewarganegaraan Susulan Tragedi Kebakaran Kg Bahagia, KDN Tak Akan Berkompromi

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneliti setiap kes penggantian dokumen pengenalan diri melibatkan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan menyeluruh tanpa semakan tidak akan digunakan, sebaliknya setiap kes akan dinilai secara individu bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerima bantuan.

Advertisement saifudinSumber : Kosmo Online  

“Keutamaan kerajaan kerajaan ketika ini adalah menyediakan pusat pemindahan sementara kepada lebih 9,000 mangsa yang terjejas melibatkan lebih 1,000 rumah atas air.”

“Buat masa ini, proses pendaftaran mangsa sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bersama agensi negeri dan Persekutuan, termasuk mengenal pasti status dokumen pengenalan diri setiap individu.”

“Dalam proses pendaftaran itu, kalau kita temui individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kita akan tangani perkara itu satu persatu.”

“Kita tidak boleh membuat kenyataan umum kerana soal pemilikan dokumen ini sangat penting. Pada masa sama, ia tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak layak,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut beliau, langkah itu penting terutama susulan kemungkinan terdapat mangsa yang tidak mempunyai status kewarganegaraan sah.

Tambahnya, KDN akan membantu memudahkan urusan penggantian dokumen bagi mangsa yang sah sebagai warganegara, khususnya jika kehilangan dokumen berpunca daripada kebakaran tersebut.

“Kalau insiden itu menyebabkan dokumen hilang, kita akan bantu sediakan dokumen ganti. Tetapi itu bukan bermakna semua mangsa layak secara automatik.”

“Kita akan teliti setiap kes bagi memastikan ketepatan dan kelayakan,” katanya.

Terdahulu, kebakaran besar pada awal pagi Ahad lalu dilaporkan menjejaskan sekurang-kurangnya 8,000 penduduk apabila kira-kira 1,000 rumah penempatan atas air musnah dalam kejadian tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di abwah.

kampung bahagia2026-04-21 10:01:04

Tular Video Anggota Bomba Diherdik, Dihina Ketika Padam Kebakaran Di Kampung Bahagia - "Tak Guna, Pergi Balik"

The post PATI Ambil ‘Kesempatan’ Mohon Kewarganegaraan Susulan Tragedi Kebakaran Kg Bahagia, KDN Tak Akan Berkompromi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article