Pati burger bertingkat saiz jumbo, keunikan 100 peratus daging import Australia dan resipi luar biasa bikin ramai ketagih

FoodSales & Promo
24 Oct 2024 • 8:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PEMINAT makanan segera pastinya tidak akan menolak jika dihidangkan dengan seleksi burger enak dengan pati daging bersaiz jumbo di depan mata.

Apatah lagi, ditambah dengan ramuan daging, pembikinan roti bakar dan sos mayonis istimewa boleh memukau selera pelanggan yang inginkan kelainan.

Jika anda antara mereka yang sedang mencari keunikan sedemikian, boleh pertimbangkan untuk singgah ke Fuel Shack yang memiliki 16 cawangan di seluruh negara.

image is not available

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Fuel Shack, V Surendar, antara menu laku keras yang menjadi pilihan ramai ialah Original Shack, Lamb Supreme, Triple Tower Burger dan Aloha Chicken.

#fuelshack

Burger Original Shack antara pilihan laris sepanjang zaman. Ini kerana saiz pati daging yang tebal dan ektravaganza. Memang puas makan kalau tambah dengan keju biru dan bakon daging halal.

image is not available

image is not available

“Selain itu, buat peminat daging kambing, kena cuba Lamb Supreme atau Mini Tower Lamb Supreme kerana pati juga bersaiz jumbo dan berjus. Rasanya memang lain daripada lain,” katanya.

Menariknya, gandingan roti yang lembut, keju, sayur salad segar, hirisan tomato, bawang dan sos mayonis dengan resipi tersendiri membuatkan menu santai itu tumpuan ramai.

image is not available

Surendar atau mesra disapa Joe itu juga percaya, penggunaan 100 peratus daging lembu dan kambing yang diimport khas dari Australia juga daya tarikan selera pelanggan.

Akui Joe, ramuan daging yang ditawarkan lebih istimewa kerana dimasak dengan sempurna menggunakan dapur khas dengan teknologi suhu serba canggih.

image is not available

“Kami bukannya guna pati segera, sebaliknya daging asli yang diadun sendiri. Sebab itu, ramai yang pernah makan sekali, akan datang lagi kerana kelazatan pati kami.

“Lagi satu, kami juga menggunakan bahan-bahan tempatan kerana percaya produk lokal adalah yang terbaik,” katanya yang juga memperkenalkan menu baharu, Spicy Korean Burger dan Spicy Chicken Karaage.

image is not available

Berkongsi kulinari terkini, Joe memaklumkan pengenalan dua sajian tersebut bagi memenuhi permintaan ramai yang sukakan resipi pedas dari Korea Selatan.

“Sos unik daripada kami memang ekstra pedas tapi sedap. Cubalah ketulan ayam goreng yang dimasak menggunakan teknik Karaage yang terkenal di Jepun.

image is not available

“Selain itu, rasai inovasi terbaharu untuk opsyen pemanis mulut, burger ais krim, Icy Isha yang akan mengembalikan zaman kanak-kanak kalian. Gabungan roti bakar, biskut buatan sendiri dan ais krim memang terbaik,” pelawanya kepada orang ramai.

Tidak sempura dulang hidangan tanpa Chili Chicken Cheese Fries dan bebola keju yang menjadi signatur lauk tambahan untuk dicuba jika singgah ke Fuel Shack berhampiran anda.

image is not available

View Original Article