Patin buah jadi rezeki Nelayan ketika musim banjir

LocalFood
17 Nov 2026 • 10:11 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Banjir lagi

LIPIS: Rezeki musim banjir apabila seorang nelayan sungai memperoleh RM600 hasil tangkapan seekor ikan patin buah seberat empat kilogram menggunakan umpan belalang kunyit di Sungai Jelai, berhampiran Kampung Mela di sini.

Roslan Id­ris berkata, ikan itu menyambar umpan yang dipasang pada arai di bawah Jambatan Gemuncur kira-kira pukul 6.30 petang semalam, ketika air sungai mula surut selepas hujan reda di kawasan hulu.

Katanya, sudah dua minggu dia gagal memperoleh ikan liar berikutan arus Sungai Jelai yang deras akibat hujan lebat di kawasan hulu sungai.

“Apabila saya memeriksa arai kira-kira pukul 7.30 pagi, sa­ya dapati talinya ditarik kuat dan kelihatan ikan meronta-ron­ta di permukaan air.

“Sebaik mengangkat arai, sa­ya terkejut apabila terdapat se­ekor patin buah tersangkut pada mata kail,” katanya ketika ditemui di Kampung Mela di si­ni.

Menurutnya, ikan itu kemudian dibawa ke kedai peraih di pekan Kuala Tembeling untuk ditimbang sebelum dijual pada harga RM150 sekilogram.

Katanya, dia sememang­nya bercadang menjual ikan berke­naan kepada peraih me­­man­dang­kan harga yang ditawar­kan agak lumayan.

Tambahnya, ikan patin buah mendapat permintaan tinggi, khu­susnya dalam kalangan pe­ngusaha restoran di Lipis dan Jerantut kerana keenakan isinya apa­bila dimasak bersama tempoyak.

“Hasil jualan RM600 itu akan digunakan untuk membeli barang keperluan dapur sebagai persediaan menghadapi musim banjir, selain menambah peralatan menangkap ikan seperti jala dan jaring,” ujarnya. – UTUSAN

The post Patin buah jadi rezeki Nelayan ketika musim banjir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved