Patrick Kee Rakyat Malaysia Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia

18 Apr 2026 • 12:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Patrick Kee Rakyat Malaysia Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia

Patrick Kee Rakyat Malaysia Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia

Identiti seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan maut dalam kemalangan nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia semalam dikenal pasti sebagai Patrick Kee Chuan Peng.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Lukman F Laisa mengesahkan Patrick sebagai salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

Selain Patrick, mangsa lain dikenal pasti sebagai Kapten Marindra W (juruterbang), Harun Arasyid (juruteknik), serta lima lagi penumpang iaitu Victor T, Charles L, Joko C, Fauzie O dan Sugito.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin turut berkongsi mengenai pemergian Patrick Kee Chuan Peng itu di laman Facebook milik beliau.

Mendiang merupakan bekas Pengarah Perladangan Kumpulan Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad.

Kongsi Bakri lagi, beliau pernah bekerja di bawah kepimpinan mendiang sepanjang tempoh berkhidmat di KLK Berhad.

"Beliau merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan berdedikasi, kebijaksanaan serta komitmennya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai yang berpeluang bekerja bersamanya.

"Bimbingan serta sumbangan beliau akan sentiasa dikenang dan legasinya akan terus menjadi inspirasi kepada semua yang mengenalinya," tulis beliau lagi.

Beliau juga turut menyampaikan ucap takziah kepada keluarga mendiang.

Image from: Patrick Kee Rakyat Malaysia Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia
Kredit: Bakri Jamaluddin
Baca juga:

Semalam, pesawat Airbus tersebut dilaporkan terputus hubungan dengan pengawal trafik udara kira-kira lima minit selepas berlepas di wilayah Kalimantan Barat, awal pagi waktu tempatan.

Memetik laporan dari CNBC Indonesia, kesemua lapan orang di dalam pesawat tersebut adalah lelaki.

"Pasukan mencari dan menyelamat bersama telah berjaya mengesan lokasi nahas dan berdasarkan maklumat dari lapangan, semua penumpang dan anak kapal telah disahkan meninggal dunia," kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Lukman F. Laisa dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat menemui mangsa nahas pada malam Khamis di Sekadau dan mayat-mayat tersebut telah diterbangkan ke Pontianak.