
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin menyatakan PKR Sabah tetap konsisten dalam pendiriannya menentang rasuah.
Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat itu juga menegaskan bahawa hak bersuara dan berhimpun adalah hak semua, selagi mereka mematuhi garis panduan Akta Himpunan Aman.
AdvertisementBeliau mengulas perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah yang diadakan pada 31 Dis.
“Selagi mereka mematuhi, memastikan demonstrasi itu berlangsung dengan aman, menyampaikan mesej, bagi kita tidak ada masalah. Sebab kita konsisten menentang rasuah dan kita alu-alukan juga semua golongan dan lapisan masyarakat untuk bersama dengan kami menentang rasuah,” kata Razeef.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Timbalan Pengerusi PKR Sabah merangkap Adun Inanam, Datuk Peto Galim, turut menyuarakan kebimbangan kumpulan-kumpulan ini mungkin digunakan oleh pemain politik.
“Kita khuatir gerakan mereka ini digunakan oleh pemain politik secara perseorangan atau kumpulan,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga menekankan pelajar harus fokus kepada pendidikan mereka dan biarkan isu-isu negeri ini diatur oleh pemimpin sedia ada.
