
Kota Kinabalu: Pemakaian baju sukan bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid, guru dan kakitangan pelaksana sekolah bagi menghadapi fenomena cuaca panas yang melanda kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.
Justeru, beliau meminta pihak pentadbir, pengetua dan guru besar sekolah agar melaksanakannya dengan baik, termasuk memastikan baju sukan yang dipakai oleh murid-murid adalah sopan dan tidak perlu menetapkan warna pakaian selain mematuhi peraturan ditetapkan.
“Kebenaran khas (pemakaian baju sukan) yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini mengambil kira keadaan semasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
“Saya yakin pengetua dan guru besar dapat mengurus penyuraian murid semasa balik bagi mengelak suasana yang kritikal di waktu tengah hari,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Ariffin turut bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah, termasuklah merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran memandangkan cuaca yang tidak menentu.
Baru-baru ini KPM memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
