Patuhi peraturan ketika sertai perhimpunan aman: Polis

24 Oct 2023 • 12:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya ketika menyertai perhimpunan aman di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mendapati terdapat individu mengibar dan membawa sepanduk sambil menaiki motosikal yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh terhadap peraturan jalan raya.

Dalam pada itu, Allaudeen berkata, polis telah bersedia dalam memastikan kelancaran Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.

Himpunan dikelolakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu dijangka bermula 6 petang hingga 11 malam melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu yang bertujuan menunjukkan tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin. - 24 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved