Patung Buddha Gergasi Di Sarawak Ini Bakal Jadi Patung Tertinggi Di Malaysia

12 Dec 2024 • 10:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Patung Buddha ini dilaporkan terletak di Tanjung Durian, Bau

Patung Buddha Gergasi Di Sarawak Ini Bakal Jadi Patung Tertinggi Di Malaysia. Bayangkan patung Buddha yang tingginya lebih kurang 10 tingkat rumah – ya, anda tidak salah baca! Sarawak bakal mempunyai landmark kebanggaan baharu yang menarik perhatian netizen Malaysia.

Menerusi kongsian Page Facebook Sarawak Eye, lokasi pembinaan patung gergasi ini terletak di Kuching Buddhist Village, Tanjung Durian, Jalan Bau, dan ia dijangka siap menjelang Hari Wesak tahun hadapan.

image is not available

Patung Buddha Gergasi di Sarawak Bakal Jadi Patung Tertinggi di Malaysia

Projek bernilai jutaan ringgit ini bukan sekadar sebuah patung, malah ia disifatkan sebagai simbol perpaduan kaum dan semangat harmoni Sarawak yang terkenal.

Mengalahkan rekod patung Buddha sedia ada di Kelantan, patung sepanjang 130 kaki (hampir 40 meter) ini bakal menjadi tarikan pelancongan baharu yang dijangka mencuri perhatian pengunjung dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Sebaik sahaja hantaran tersebar di laman tersebut, ia dengan pantas menjadi bahan perbualan hangat dalam kalangan netizen. Dalam masa beberapa jam sahaja, siaran tersebut telah dikongsi ratusan kali dan menerima ratusan komen dan maklum balas.

Baca juga artikel menarik di bawah: