Patung lampias nafsu rupa kanak2 berbaju sekolah dijual, ramai lelaki komen “puas hati”

30 Jun 2023 • 5:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan sesetengah pihak yang menjadikan kanak-kanak sebagai fantasi mereka untuk melampiaskan nafsu sememangnya satu perkara yang menjijikan.

Jual atas talian

Mana tidaknya, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Masitah, dia telah memuat naik beberapa tangkapan layar akaun di platform e-dagang yang menjual alat permainan untuk orang dewasa berupa patung seks berwajah kanak-kanak.

 

image is not available

Tak malu tulis “puas hati”

Apa yang lebih menjijikan lagi, kebanyakan yang membelinya adalah lelaki dewasa dan ada yang meninggalkan komen dalam bahasa Melayu mengatakan berpuas hati dengan servis serta kondisi patung-patung tersebut.

Ada juga patung kanak-kanak itu dipakaikan dengan pakaian sekolah Malaysia kerana lengkap memakai baju kurung beserta kasut sekolah.

image is not available

Memang jual alat permainan untuk orang dewasa

Difahamkan, kedai atas talian tersebut terletak di Malaysia dan telah menjual pelbagai jenis patung untuk tujuan melampiaskan nafsu.

image is not available

Ramai yang mual dan jijik

Susulan daripada itu, netizen yang mual dengan sikap penjual serta pembeli telah menyelar tindakan penjualan patung-patung tersebut lebih-lebih lagi berupa kanak-kanak.

Mereka menggesa pihak berwajib untuk menghentikan kegiatan berkenaan dan mengambil tindakan kerana perkara terbabit boleh membawa kepada pelbagai jenayah bersifat seksual di masa hadapan.

image is not available

Harap pihak berwajib ambil tindakan
image is not available

Lelaki Melayu pun beli?

image is not available

Takut bila orang fantasikan budak sekolah
image is not available

Sumber: Twitter masitah96

View Original Article