Patut Dibiasakan, Suami Lepak Bawa Anak! – “Kalau Begini, Takde Siapa marah”

Family & Parenting
12 Sep 2023 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Budaya lepak sudah menjadi kebiasaan terutama bagi golongan lelaki walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak apatah lagi yang masih bujang.

Selalunya, golongan ini akan mencari masa untuk keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan dimana kedai mamak selalunya menjadi pilihan ‘port’ lepak.

@ig.desiindahsyft

Bapack bapack muda lagi ngumpul bawa anak masing-masing #fyp

♬ FAVORITE GIRL ( REMIX) – Dipsy Handz JDF

Bagi lelaki bujang, ia mungkin tidak menjadi masalah untuk keluar bersama kawan-kawan kerana tanggungjawab tidaklah sebesar mereka yang sudah berkahwin.

Ini kerana lelaki yang sudah berkahwin mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak yang menunggunya pulang di rumah.

Namun begitu, tular satu video di TikTok yang dimuat naik oleh @desiindahsyft menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berkumpul dipercayai sambil memegang anak masing-masing.

image is not available

Menerusi rakaman video berdurasi 18 saat itu, tiga daripada lima orang lelaki yang sedang melepak itu sedang memangku anak.

image is not available

Susulan telatah bapa-bapa itu, ramai pengguna media sosial terhibur dengan video tersebut selain meninggalkan komen positif.

Comel!

image is not available

Ada yang menyatakan kemungkinan isteri masing-masing sedang membeli belah di kawasan terdekat dan sedang memberikan ‘me time’ kepada diri sendiri.

‘Me time’ untuk diri sendiri…..

image is not available

Ada juga yang meninggalkan komen memuji lelaki-lelaki tersebut kerana tidak merokok ketika bersama dengan anak-anak mereka.

Bapa tak merokok bila dengan anak, bagusnya!

image is not available

Kalau begini, lepak lama-lama pun takpe…

image is not available

Boleh je lepak

image is not available

Nampaknya lelaki masih boleh keluar melepak bersama kawan-kawan, asalkan anaknya dibawa untuk memastikan si suami pulang awal ke rumah.

Sumber: TikTok @desiindahsyft