“Patut Panggil Bini View Chin, Bukan Sampah Ni” – Buat ‘Live’ Dengan Mira, Aliff Syukri Dituduh Ambil Kesempatan

29 May 2023 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekarang ini, gerak geri influencer Amirah Firdaus boleh dikatakan sering menjadi perhatian netizen dan rata-rata ramai yang mahu melihatnya ‘jatuh’ susulan kes menganggu rumah tangga orang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Mira ada memuat naik hantaran bahawa dia sedar ramai membenci, namun tidak mengambil kisah kerana setelah kes curang tular, katanya rezeki makin bertambah.

Terbaharu, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri dilihat melakukan live di TikTok bersama Mira dan tindakannya itu membuatkan netizen tidak berpuas hati.

Difahamkan, live tersebut dilakukan untuk mempromosikan jenama tudung usahawan terbabit, namun bagi netizen ramai lain yang layak untuk melakukan ‘kerja’ Mira itu.

image is not available

Malah, ada yang berpendapat lebih baik menjemput pihak yang teraniaya iaitu isteri View Chin, Ah Moi daripada menjemput ‘penyondol’ tersebut.

Dalam pada masa yang sama, netizen merasakan usahawan itu sengaja mempergunakan Mira kerana tahu ketika ini nama wanita tersebut sering menjadi perhatian warganet.

image is not available

Sekadar info, nama Mira mula menjadi perhatian setelah didakwa menjadi skandal bosnya iaitu View Chin dan semuanya hal terbongkar setelah isteri influencer itu, Ah Moi mendedahkan segalanya di Facebook.

image is not available 1 minggu lalu

"Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku" - Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved