“Patut Ramai Beli Lesen..” – Rakyat Berang Bayaran Lesen Kereta RM2500, Lebih Mahal Daripada Gaji Minimum

20 May 2024 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di laman X, seorang individu meluahkan rasa bimbang mengenai kenaikan bayaran yang perlu dikeluarkan jika mahu mengambil lesen memandu kereta (kelas D).

Lesen memandu harga RM2500!

Kata individu terbabit, bayaran sebanyak RM2,500 itu adalah jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum pekerja di Malaysia dan ia menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

Bahkan, dia meminta agar Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan mengenai isu ini.

Netizen tidak berpuas hati

Susulan ciapan tersebut telah tular, terdapat beberapa netizen yang lain menyuarakan kebimbangan mereka bahawa kenaikan bayaran mengambil lesen memandu ini menjadi beban besar buat mereka yang tidak mampu.

Malah menegaskan, lesen memandu ini merupakan prasyarat untuk mendapatkan pekerjaan dan kenaikan harga ini menjadi penghalang besar untuk masyarakat.

image is not available 8 months ago

"Bersorak Mat Rempit Di TikTok" - Anggota JPJ Dilanggar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya, Ada 8 Rekod Jenayah Dadah