“Patut Ramai Sayang” – Peminat Mengadu Lapar, Sikap Baik Jisoo BP Raih Perhatian

5 Dec 2023 • 10:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja seorang idola berbakat, Ji-soo BLACKPINK juga turut disayangi ramai kerana peribadinya yang disenangi.

Pada 4 Disember, Ji-soo telah tiba di Lapangan Terbang Incheon dalam perjalanannya ke Paris, untuk sesuatu kerja.

Setibanya wanita itu di lapangan terbang, ramai peminat dan wartawan terus mendekatinya, serta ada yang berpeluang untuk berborak dengan Ji-soo.

Mengambil berat tentang peminat, Ji-soo bertanya sekiranya mereka lapar dan tidak lama kemudian, dia kembali dengan 3 biji limau yang diambil dari lounge untuk diberikan kepada peminat tersebut.

Menerusi laman komuniti, netizen rata-rata tersentuh dengan sikap baik dan ambil berat Ji-soo kepada peminat.

Antara komen yang ditulis,

Ji-soo sweet sangat. Sentiasa menjaga semua orang.

 

Dia memang selalu suka berkongsi apa-apa dengan peminat.

 

Wah, untungnya dapat berborak dengan Ji-soo.

 

Memang patut ramai peminat sayangkan dia. Dia selalu jaga Blinks.

Patut la ramai sayangkan Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.