Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"

image.png

Bak filem aksi Hollywood apabila seorang pemandu Mitsubishi Triton dirakam memandu secara mengundur dan melulu dari arah Sungai Dua, Seberang Perai, semalam.

Sebelum itu, pemandu yang sama dirakam melanggar beberapa kenderaan tanpa rasa bersalah. Namun selepas siasatan polis, rupa-rupanya pemandu  berkenaan berada di bawah pengaruh dadah.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10.05 pagi itu, suspek yang berusia 29 tahun akhirnya berjaya 'dikepung' dan ditahan oleh orang awam di Lebuh Raya Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Seberang Jaya selepas melanggar beberapa kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek turut menemukan dua paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi methamphetamine seberat 0.75 gram dan ketamin seberat 2.38 gram yang disimpan di dalam beg silang miliknya.

“Semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan berkaitan dadah serta dua rekod jenayah,” katanya.

Terdahulu, tular video yang menunjukkan  melaporkan tindakan pemandu trak pikap yang memandu secara mengundur di jalan raya sehingga membahayakan pengguna lain.

SUMBER KOSMO