Patutlah Cepat Habis, Gelagat Budak Kantoi Rembat Susu Adik Buat Ramai Terhibur

17 Sep 2022 • 10:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak puas hisap susu, patutlah cepat habis

Patutlah Cepat Habis, Gelagat Budak Kantoi Rembat Susu Adik Buat Ramai Terhibur. Sudah menjadi kelaziman jika anak sulung diminta untuk saling membantu ibu bapa tatkala mereka sibuk menjaga anak-anak yang lain.

Panggil sahaja ‘along’ dan ‘abang’, pasti si sulung akan terus bertanyakan apa yang perlu dibantu, kadang-kadang ada jenis yang ikut arahan dan ada juga yang merungut kerana bosan asyik menjaga adik yang banyak kerenah.

Tular di Facebook menerusi satu hantaran oleh pengguna Lopz wala berkongsi momen kelakar apabila budak lelaki ini kantoi minum dan makan susu tepung yang sepatutnya diberikan kepada adiknya.

image is not available
Patutlah Cepat Habis, Gelagat Budak Kantoi Rembat Susu Adik Buat Ramai Terhibur. Kredit foto: FB Lopz wala

Habis susu si Opal diminum, susu junjung kan ada

Menerusi video tersebut, budak lelaki itu sedang mengaut susu tepung daripada balang lalu dibancuh ke dalam botol susu kepunyaan adiknya.

Lebih menarik perhatian, dia juga memakan satu sudu susu tepung dan menghisap botol susu tersebut sehingga aksinya tertangkap oleh seorang lelaki yang merakam gelagatnya itu.

https://www.facebook.com/watch/?v=765982584683005&extid=CL-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&ref=sharing

Memori sewaktu kecil, ibu juga melakukan perkara yang sama

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat budak lelaki tersebut dan ada juga yang terkenangkan memori masa lalu sewaktu mereka masih kecil diminta untuk membancuh susu adik.

Lebih kelakar lagi, golongan ibu juga sering melakukan perkara yang sama sewaktu menyediakan susu untuk anak mereka.

image is not available
Kredit foto: FB Lopz wala

image is not available
Kredit foto: FB Lopz wala

image is not available
Kredit foto: FB Lopz wala

Kadangkala, anak kecil ini rajin ada sebab dan matlamat yang tersediri. Bukan sahaja rajin membancuh susu adik, malah merekalah insan yang akan menjaga adik-beradik dan orang tuanya nanti.

Justeru, asalkan mereka tidak melakukan perkara yang buruk dan perkara beginilah yang akan menjadi memori untuk diingati sewaktu mereka semakin dewasa kelak.

image is not available

Lagi cerita menarik di sini: