Patutlah main pelik

LocalFootball
29 Mar 2025 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Matasi dituduh terlibat dalam skandal mengatur perlawanan dalam Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika pada Oktober lalu.

PENJAGA gol Kenya, Patrick Matasi sedang disiasat atas tuduhan mengatur perlawanan selepas mempamerkan aksi amatur dan pelik dalam Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika pada Oktober lalu.

Matasi yang telah mengumpul 26 kap untuk Kenya, disenaraikan dalam kesebelasan utama pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Cameroon.

Dalam perlawanan itu Kenya tewas 1-4 menyebabkan ketua jurulatih, Engin Firat meletak jawatan.

Namun, aksi Matasi dalam perlawanan tersebut menjadi buah mulut peminat kerana melepaskan gol-gol mudah.

Menurut laporan Marca, penjaga gol berusia 37 tahun itu telah dihubungi oleh seorang pemanggil tanpa nama untuk membincangkan sebuah 'rancangan' untuk perlawanan itu.

Siasatan mengenai peranan Matasi dalam perlawanan tersebut kini telah dimulakan, dengan Persekutuan Bolasepak Kenya (FKF) memohon sebarang maklumat yang mungkin dimiliki oleh orang ramai.

Martin Hongla menjaringkan gol kedua Cameroon pada minit ke-39 dan tanda tanya timbul apabila Matasi dilihat seolah-olah mengelak daripada menyentuh bola yang sepatutnya boleh diselamatkan dengan mudah.

Susulan dakwaan mengatur perlawanan itu, Matasi disisihkan daripada skuad utama oleh pengendali baharu, Benni McCarthy.

Dalam pada itu, FKF turut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa siasatan ke atas Matasi akan mematuhi Peraturan Anti-Manipulasi Perlawanan FKF dan garis panduan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi memastikan proses yang adil, telus dan menyeluruh.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved