Patutlah Sekarang Ni Asyik Panas Je, MET Malaysia Beri Amaran Suhu Boleh Cecah Maksimum 37 Darjah Celcius!

14 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mahu beriadah di taman pada waktu petang sahaja sudah semakin sukar dek kerana cuaca yang terlalu panas semenjak dua menjak ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan kenyataan mengenai enam kawasan di semenanjung Malaysia yang mencapai suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

image is not available

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam -- enam kawasan yang terlibat termasuklah :

- Kubang Pasu

- Sik

- Lipis

- Jerantut

- Bentong

- Jempol

Kesemua daerah ini berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) dan fenomena ini dijangka berterusan berlaku selama tiga hari berturut-turut.

“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” maklum MET Malaysia.

Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak pula berada dalam pemantauan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat untuk tidak berada di kawasan terdedah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti strok haba.

Sebelum ini, MET Malaysia semalam melaporkan terdapat tiga kawasan di Semenanjung mengalami fenomena cuaca panas itu.

Ia melibatkan kawasan Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda.

image is not available