“Patutnya RM50 Sebiji” – Pempengaruh Faiz Soul Dipersoal Jual Donut RM10

LocalFood
26 Feb 2026 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pempengaruh Faiz Soul kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular satu perkongsian mengenai harga donut yang dijualnya pada harga RM10 sebiji.

Perkongsian tersebut dimuat naik di Threads oleh seorang pengguna yang menyatakan, “Murah betul donut rm10 satu, patotnye rm50 sebji.”

Kenyataan sinis itu pantas menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi.

Netizen pertikai harga yang dianggap mahal

Di ruangan komen, netizen mendakwa pempengaruh ini turut membuat promosi kupon cabutan bertuah bagi setiap pembelian.

View on Threads

Rata-rata netizen mempersoalkan strategi pemasaran yang digunakan, termasuk harga donut RM10 yang dianggap mahal oleh sesetengah pihak.

image is not available

Ada juga yang membandingkan dengan jenama terkenal lain yang dikatakan dijual dengan lebih berpatutan.

image is not available

Dalam masa sama, ada juga yang berpendapat harga tersebut mungkin mengambil kira kos operasi, lokasi jualan serta nilai jenama yang dibawa oleh pempengaruh itu sendiri.

Pssttt! Dalam dunia perniagaan, harga dan strategi pemasaran memang bergantung kepada banyak faktor. Namun sebagai peniaga, komunikasi yang jelas dan telus sangat penting supaya tidak menimbulkan salah faham. Apa pun, pengguna tetap ada pilihan untuk membeli atau tidak. Yang penting, buat keputusan dengan bijak.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Patutnya RM50 Sebiji” – Pempengaruh Faiz Soul Dipersoal Jual Donut RM10 appeared first on Oh! Media.