“Patutnya Tamat 12 Ogos Ni..” – Berhenti Suria FM, Suraya Borhan Perlu Kerja Demi Menyara Anak-Anak

LocalFamily & Parenting
2 Aug 2025 • 5:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan, Suraya Borhan, mengakui dirinya perlu tampil kuat dan tabah meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam hidup demi mencari rezeki buat anak-anak yang masih kecil.

Menerusi temubual eksklusif bersama HibGlam, Suraya berkata dia tahu akan penamatan kontrak bersama stesen radio tersebut sejak sekian lama, namun berasa sebak di akhir perkhidmatan.

Sebenarnya saya dah tahu dua minggu lepas tetapi semalam dimaklumkan sebagai hari terakhir walaupun hakikatnya kontrak saya sepatutnya tamat 12 Ogos depan. Selepas tolak cuti memang semalam hari terakhir saya bekerja.

Dua minggu memang terkejut (kontrak tamat) tetapi semalam lebih kepada rasa sebak dan sedih pada momen akhir nak tamatkan kerja di Suria FM selepas sembilan tahun.

Suraya yang kini aktif dalam dunia perniagaan selain terus menerima tawaran lakonan, turut berkata sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan banyak membantunya untuk terus bertahan.

Mengulas mengenai keutamaannya sekarang, Suraya berkata fokus utama ialah untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak dari segi pendidikan, penjagaan dan kasih sayang bersama suami di sisi.

Kalau nampak saya tiba-tiba di tempat lain, saya akan bekerja di situlah, masih ada komitmen yang perlu dilunaskan.

Anak-anak pun masih kecil, jadi komitmen untuk bekerja masih lagi diperlukan. Cuma saya tidak lagi berada di Suria sebagai penyampai radio

Beliau juga sempat menitipkan pesanan buat wanita di luar sana agar terus kuat walau apapun cabaran yang mendatang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-02 13:04:06

Adegan Bella Astillah Berpelukan Dengan Ibu Syed Saddiq Jadi Tumpuan - "Lepas Ni Kita Tengok 'Wedding' Diorang Pula"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved