
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan lima langkah yang diambil dalam proses pemilihan calon dan gerak kerja Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagi menjelaskan tohmahan yang dilontarkan ekoran kekalahan besar parti itu.
Menurutnya, kelima-lima proses itu melibatkan semua lapisan kepimpinan dalam parti dan bukan keputusannya semata-mata.
“Pertama, kesiapsiagaan gerak kerja dan jentera. Kedua, penyediaan dokumen dan akujanji calon.
Ketiga, persiapan logistik dan kewangan. Keempat, proses pemilihan calon dan kelima, perbincangan serta perundingan dalaman serta dengan komponen Barisan Nasional.
“Bermula dengan timbalan presiden selaku Pengarah Pilihan Raya dan juga Pengerusi War Room, kita telah bergerak ke seluruh negara melalui sesi libat urus dengan perhubungan negeri dan UMNO bahagian.
“Selain menilai data-data yang ada, soal kesiapsiagaan juga diberikan penekanan. Jika ini hendak dijadikan polemik, kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kita akan terus mencari-cari kesalahan.
“Maka dengan sebab itu, jangan kita nafikan usaha-usaha parti dalam menghadapi pilihan raya umum, telah dibuat sebaik mungkin,” demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL
