Paul Yong didapati bersalah rogol pembantu rumah

27 Jul 2022 • 10:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Paul Yong, 51, didapati bersalah merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved