Senarai calon emoji baharu untuk tahun 2025 telahpun dikeluarkan oleh Emoji Standard & Research Working Group minggu lalu. Di bawah Unicode Consortium Emoji 17.0, sebanyak 164 emoji baharu akan diperkenalkan antaranya ialah emoji muka kembung, Orang Mawas, paus pembunuh, penari balerina, teras epal, trombon, peti harta karun, tanah runtuh dan kabut asap yang mewakili watak sedang bergaduh.

Angka 164 ini termasuk dengan variasi warna kulit dengan kemas kini untuk emoji orang bergusti serta manusia dengan telinga arnab yang diberikan sebelum ini. Kesemua Emoji 17.0 akan mula diperkenalkan pada pelbagai sistem operasi pada tahun 2025 Dengan pengenalan Emoji 15.1 kini terdapat 3,790 emoji yang boleh digunakan pada pelbagai sistem operasi sejak Unicode memperkenalkannya pada tahun 2010.
