Pavilion Bukit Jalil menyemarakkan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi kempen “Joyful Aidilfitri – Together, Here.” yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac nanti.
Kempen selama sebulan itu menampilkan watak animasi popular tempatan seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi sebagai tarikan utama bagi mewujudkan suasana perayaan yang ceria dan mesra keluarga.

Dengan kerjasama studio animasi Monsta, pusat beli-belah tersebut dihiasi dengan elemen yang diinspirasikan daripada babak ikonik dalam siri BoBoiBoy dan Mechamato.
Hiasan bertemakan animasi ini mewujudkan pengalaman yang unik kepada pengunjung, khususnya kanak-kanak yang berpeluang melihat adiwira kegemaran mereka secara lebih dekat.
“Hari Raya merupakan musim yang dipenuhi kegembiraan, keakraban dan detik-detik bermakna yang dikongsi bersama keluarga serta insan tersayang. Di Pavilion Bukit Jalil, kami berhasrat untuk mencipta pengalaman perayaan yang menyatukan komuniti dalam suasana yang meriah dan mesra.
“Melalui kerjasama kami bersama Monsta, adiwira kegemaran rakyat Malaysia seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi dibawakan ke pusat beli-belah ini untuk mencipta suasana ceria dan mesra keluarga yang mencerminkan semangat Joyful Aidilfitri – Together, Here., di mana keluarga dapat meluangkan masa bersama serta mencipta kenangan berharga sepanjang musim perayaan,” ujarAhli Lembaga Pengarah, Pavilion REIT, Datuk Mearia Hamzah.

Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti dianjurkan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Antaranya termasuk Monsta Galaxy Card Tournament yang berlangsung pada beberapa hujung minggu di Centre Court.
Kejohanan permainan kad ini terbuka kepada peminat dari pelbagai peringkat umur yang boleh menyertai pertandingan untuk memenangi hadiah dan barangan promosi.
Selain itu, keluarga yang berkunjung bersama anak-anak juga boleh menyertai Monsta Mascot Parade yang menampilkan watak seperti Amato daripada Mechamato serta Papa Zola dan Pipi Zola.
Perarakan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan maskot kegemaran mereka sebelum menyertai pelbagai permainan mini dan aktiviti di Centre Court.
Pada setiap Ahad terpilih pula, Pavilion Bukit Jalil menganjurkan Sunday Movie Screening with Monsta yang menayangkan kandungan animasi Monsta kepada pengunjung.
Tayangan ini turut disertai kuiz pra-tayangan dan kemunculan khas maskot bagi menambahkan keseronokan kepada keluarga yang hadir.
Di samping aktiviti hiburan, kempen ini turut mengetengahkan elemen budaya melalui bengkel seni Batik Ikat dan Celup serta perarakan fesyen batik oleh pelajar UCSI University.

Aktiviti tersebut bertujuan memperkenalkan warisan seni tekstil tempatan kepada generasi muda dalam suasana santai sempena musim perayaan.
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah dan berbuka puasa di lebih 150 kedai makanan dan minuman yang terdapat di pusat beli-belah itu, selain pelbagai jenama yang menawarkan pilihan persiapan Raya.
Melalui gabungan hiburan, budaya dan aktiviti komuniti, kempen “Joyful Aidilfitri – Together, Here.” di Pavilion Bukit Jalil bertujuan mewujudkan suasana perayaan yang mengeratkan hubungan keluarga serta komuniti sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri. - Getaran, 13 Mac 2026


