Pawagam Thai Promo Beli Tiket Wayang Dapat Popcorn “Free Flow”, Penonton Bawa Pelbagai Bekas Datang Tadah

30 Nov 2022 • 12:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pawagam Thai Promo Beli Tiket Wayang Dapat Popcorn “Free Flow”, Penonton Bawa Pelbagai Bekas Datang Tadah

Sebuah panggung wayang di Thailand menjadi viral apabila menawarkan bertih jagung percuma tanpa had kepada pelanggangnya yang membeli tiket wayang.

Memetik laporan Must Share News, tawaran mirip seperti tindakan yang pernah dibuat oleh sebuah pawagam di Vietnam sebelum ini dianjurkan oleh SF Group di pusat beli-belah, Central World di Bangkok.

Berdasarkan hantaran Facebook SF Group, para pelanggan yang telah membeli tiket untuk apa-apa filem layak untuk mendapatkan promosi bertih jagung percuma tersebut.

Dengan membayar sebanyak 199 baht, (RM25.24), pelanggan dibenarkan untuk membawa apa-apa bekas, tanpa mengira saiz dan mengisinya dengan sebanyak mungkin bertih jagung sehingga penuh. Selain itu, tawaran tersebut juga disertakan dengan pemberian air Coca-cola yang boleh diisi semula.

Pelanggan tiba dengan bekas-bekas yang amat besar

Peminat filem tempatan dilapor tidak melepaskan peluang tersebut dan dilihat hadir di pawagam berkenaan dengan membawa pelbagai betuk dan saiz bekas makanan.

Sebagai contoh, seorang lelaki dirakam membawa dulang bufet yang sangat besar dan mengisi bekas tersebut sehingga penuh.

image is not available

Kredit: Must Share NewsWalaupun ia kelihatan agak aneh, tindakan lelaki tersebut membawa bekas berkenaan membolehkkan dia membawa pulang pulang sehingga 57 liter bertih jagung, lapor South China Morning Post (SCMP).

Selain itu, pengunjung-pengunjung juga dilihat membawa bekas seperti kotak ais, besen, baldi dan sebagainya.

image is not available
Kredit: Must Share News

Pada masa yang sama, seorang lelaki mencuri tumpuan apabila membawa plastik bersaiz industri dan berjaya membawa pulang bekalan bertih jagung yang cukup untuk melayan marathon filem selama berjam-berjam tau mungkin berhari-hari.

image is not available
Kredit: Must Share News

Pihak pawagam mengakhiri promosi lebih awal daripada sepatutnya

Dengan tawaran sebegitu rupa, memang sudah dijangka pawagam berkenaan akan diserbu lautan manusia yang tidak mahu melepaskan peluang mendapat bertih jagung yang disediakan.

image is not available
Kredit: Must Share News

Malangnya, pihak pengurusan membuat keputusan untuk menutup barisan bermula 5 petang pada 28 November. Menurut hantaran Facebook mereka, berlaku kesesakan dan kelewatan operasi kerana para pelanggan telah membawa bekas-bekas dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Mengikut promosi asal, pengunjung boleh hadir sehingga jam 10 malam untuk mendapatkan bertih jagung percuma. Pihak pengurusan memerlukan masa sehingga pukul 12 tengah malam untuk meredakan suasana gamat dan sesak tersebut.

Bagi memastika semua pihak mendapat bertih jagung yang dijanjikan sebelum waktu operasi ditamatkan, pawagam berkenaan meminta mereka yang hadir meninggalkan bekas masing di premis tersebut.

Pihak pawagam akan mengisi bekas-bekas yang ditinggalkan dengan bertih jagung dan menghantar ke rumah pelanggan pada keesokan harinya, tanpa sebarang caj.

image is not available
Kredit: Must Share News

Promosi bertih jagung percuma merupakan satu keajayaan yang besar

Berdasarkan sambutan hangat yang diterima oleh pihak pawagam, promosi yang dijalankan merupakan satu kejayaan yang besar.

Peminat filem sudah semestinya dapat menikmati bertih jagung di rumah mereka dengan selesa. Paling penting, promosi tersebut diharap dapat memberi impak kepada pawagam tersebut untuk jangka masa panjang.

View Original Article