Pawe Tawau harap geran operasi dinaikkan

24 Jul 2024 • 1:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Tawau, Chaya Sulaiman mencadangkan Geran Operasi institusi itu dinaikkan agar mereka dapat terus bergiat aktif dan memainkan peranan secara lebih berkesan, termasuklah menjayakan agenda kerajaan.

Ini kerana, katanya, institusi itu menanggung lebihan kos operasi kerana tidak mempunyai premis tetap dan terpaksa menyewa untuk memastikan kelangsungan usaha menyantuni seramai mungkin warga emas di seluruh Tawau.

“Kita memerlukan premis tetap untuk memastikan agenda meluaskan kesejahteraan dan pembangunan warga emas dan meningkatkan kualiti hidup selari konsep warga emas dapat dijalankan dengan baik.

“Kita juga mengesyorkan supaya diadakan geran-geran alternatif yang boleh disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Pawe di seluruh negara kerana geran sebegini penting untuk membolehkan Pawe menjalankan program berimpak besar,” katanya lagi.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Tambahnya, program pembangunan ekonomi warga emas beramai-ramai hasil latihan kemahiran di Pawe, seperti mewujudkan rangkaian tukang jahit komuniti Pawe dalam bentuk perniagaan bersama.

Katanya, kemahiran mereka boleh dipertingkatkan supaya dapat menerima tempahan jahitan dalam skala besar, termasuklah dari kementerian, jabatan, agensi dan sektor korporat.

Chaya berkata demikian ketika ditemui pada lawatan kerja Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke Pawe Tawau di Taman Ria 10, Jalan Utara Baru, pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pawe Tawau kini mempunyai seramai 276 ahli terdiri daripada 85 lelaki dan 191 wanita.

Selain program bermusim, katanya, Pawe Tawau aktif mengadakan aktiviti harian seperti Kelas Jahitan, Kelas Masakan, Kelas Pengajian Al-Quran, Kelas Latihan Kompang dan Kelas Senamtari atau Senamrobik serta aktiviti santai, misalnya bermain korum dan sebagainya.

Katanya, mereka turut menyertai aktiviti-aktiviti program luar dan menerima jemputan dari penganjur lain yang berminat mengadakan program bersama mereka, khususnya berkaitan rekreaksi, kesihatan, keagamaan, khidmat sukarela dan kegiatan sukan.

Menyentuh lawatan Dr. Noraini itu pula, Chaya berkata kehadiran menteri berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa peduli dengan permasalahan warga akar umbi di seluruh negara demi meneruskan agenda membela rakyat tanpa prejudis.

“Sejak ditubuhkan pada 2012 di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) sehinggalah kita berpindah ke premis baru ini, baharu kali ini kita menerima kunjungan tetamu besar dari Putrajaya, malah dimasukkan dalam lawatan rasmi beliau,” katanya.

Untuk rekod, Pawe Tawau mula bertapak di kawasan Rumah Warga Tua Air Panas Tawau sebelum berpindah dan menyewa ke premis baharu yang diduduki sekarang iaitu di Taman Ria 10 Jalan Utara Tawau pada awal Disember 2021.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article