Paya Jaras, Dengkil antara empat lokasi jualan murah hari ini

11 May 2024 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 11 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Kampung Matang Pagar (Paya Jaras), Hajar Seafood Kuang (Kuang), Balairaya Taman Cempaka Sari, Fasa 3 (Sementa) dan Balairaya Jenderam Hilir/Dewan Terbuka Taman Desa (Dengkil).

Program diteruskan esok di tapak parkir Padang Taman Kosas, tapak pasar Taman Maznah (Sentosa), Greenville, Bandar Tasik Puteri (Kuang) dan Pos 1 Taman Desa Vista BBST (Sg Pelek).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved