PayNet Mengesahkan Caj Transaksi DuitNow QR Terhadap Peruncit Bermula 1 November 2023

TechnologyDigital
28 Sep 2023 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini : Paynet kini mengemaskini siaran pengumuman dari tarikh implementasi pada 1 Oktober 2023, kepada tarikh baharu, 1 November 2023.

——

PayNet hari ini akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan caj transaksi DuitNow QR yang bakal berkuat-kuasa 1 Oktober 2023 1 November 2023 kelak, disamping memberikan penjelasan lanjut serta membetulkan beberapa laporan media lain yang kurang tepat sebelum ini.

Menurut PayNet, caj transaksi ini adalah terhadap penjual atau peruncit, dan bukannya terhadap pengguna awam. Caj ini adalah dalam usaha membolehkan rangkaian pembayaran tersebut dapat diselenggara dan diuruskan dengan baik, selain mengurangkan kos yang ditanggung bank dan penyedia perkhidmatan dalam pengurusannya.

Caj perkhidmatan ini sebelum ini disasarkan untuk diimplementasi lebih awal, tetapi ditangguhkan sehingga 1 November 2023 ini. PayNet menyatakan pengenalan caj ini tidak akan membawa kepada peningkatan harga barangan. Hal ini kerana medium pembayaran seperti kad kredit dan kad debit oleh penjual sedia membayar caj transaksi kepada penyedia perkhidmatan. Caj transaksi ini akan ditanggung oleh peniaga atau peruncit dan bukannya oleh pengguna awam.

Tambahan lagi, PayNet menjelaskan yang mana caj transaksi 50 sen untuk pemindahan lebih RM5000 adalah caj transaksi untuk pemindahan antara pengguna (P2P) dan bukannya untuk peruncit.

Menurut PayNet juga, terdapat beberapa bank yang akan meneruskan penawaran perkhidmatan secara percuma – terutamanya melibatkan peruncit dan penjual kecil. Namun, perkara ini adalah bergantung kepada bank atau penyedia perkhidmatan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved