PBB adakan mesyuarat tergempar susulan ketegangan AS-Israel-Iran

WorldPolitics
1 Mar 2026 • 12:11 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar susulan serangan yang dilakukan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, diikuti dengan serangan balas oleh Tehran.

Sesi mesyuarat yang dijadualkan bermula pada jam 4 petang waktu New York (12 tengah malam waktu Malaysia) itu akan menumpukan perbincangan terhadap situasi yang semakin tegang di Asia Barat, menurut kenyataan rasmi PBB.

Delegasi Israel memaklumkan bahawa permintaan mesyuarat tergempar ini dikemukakan oleh Perancis dan Bahrain sebagai usaha mencari penyelesaian diplomatik serta menilai impak ketegangan terkini terhadap keamanan serantau.

Ketegangan ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan global mengenai kemungkinan konflik berskala lebih besar di rantau tersebut, dengan banyak negara menggesa semua pihak menahan diri dan mematuhi undang-undang antarabangsa. – AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved