PBB – Kerja Membersihkan Runtuhan Gaza Akan Mengambil Masa 15 Tahun

TechnologyDigital
16 Jul 2024 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gaza telah dilanyak oleh rejim Zionis hampir setiap hari sejak Oktober tahun lalu. Terdapat banyak gambar satelit disebarkan menerusi media sosial menunjukkan kemusnahan menyeluruh Gaza yang sebelum ni menjadi tempat tinggal hampir 2.3 juta penduduk Palestin. Walaupun konflik masih berterusan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melakukan laporan tempoh masa yang diperlukan untuk membangunkan semula Gaza.

image is not available

Menurut PBB, sekiranya 100 lori beroperasi sepanjang hari ia akan mengambil masa 15 tahun untuk memindahkan longgokan puing bangunan-bangunan yang musnah akibat diserang tentera Israel. Proses membersihkan 40 juta tan puing ini juga dianggarkan akan menelan belanja antara $500-$600 juta.

Kemudian sebanyak $40 bilion diperlukan untuk membangunkan semula semua bangunan yang musnah dengan ia hanya akan dapat dilengkapkan pada tahun 2040. Setakat ini sebanyak 137,297 bangunan terjejas akibat konflik dengan 25% daripadanya musnah sepenuhnya. Akibatnya infrastruktur di Gaza kini di tahap yang sama seperti tahun 1980.