PBB lulus resolusi desak pengakhiran pendudukan Israel ke atas Palestin

WorldPolitics
3 Dec 2025 • 9:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi desak pengakhiran pendudukan 1967, sokong penyelesaian dua negara dan henti aktiviti penempatan haram Israel

WASHINGTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai “Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin”.

Draf resolusi berkenaan, yang dirangka oleh Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestin, diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali.

Resolusi itu mengesahkan semula tanggungjawab PBB terhadap isu Palestin dan menggesa penamatan pendudukan 1967.

Ia juga menegakkan penyelesaian dua negara serta menuntut Israel menghentikan aktiviti penempatan haram dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Resolusi turut menggesa rundingan dimulakan semula dan menyeru negara-negara supaya tidak mengiktiraf sebarang perubahan sempadan.

Ia juga menyeru peningkatan bantuan kepada rakyat Palestin ketika krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. – Bernama-Anadolu