PBB: Resolusi gencatan senjata kemanusiaan mesti dilaksanakan

14 Dec 2023 • 9:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

WASHINGTON, 14 DIS: Selepas majoriti negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi memihak kepada gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), seorang pegawainya menegaskan bahawa resolusi itu mesti dilaksanakan.

“PGA (Presiden Perhimpunan Agung Dennis Francis) yakin apa yang berlaku semalam merupakan kemenangan besar,” menurut jurucakap UNGA Monica Grayley kepada pemberita di New York.

Kenyataannya dibuat sehari selepas 153 negara mengundi menyokong draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza manakala 10 menentang dan 23 berkecuali.

“Kini sudah tiba masanya resolusi itu dilaksanakan,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Grayley.

Penerimaan resolusi itu merupakan “ungkapan yang jelas” oleh Perhimpunan Agung, katanya.

Sementara itu, jurucakap setiausaha agung PBB Stephane Dujarric berkata penerimaan resolusi itu menghantar “mesej jelas” daripada masyarakat antarabangsa.

“Bagi pihaknya, Setiausaha Agung (Antonio Guterres) akan terus menyokong dan mendesak gencatan senjata kemanusiaan secara terbuka mahupun tertutup,” katanya Dujarric.

Sekurang-kurangnya 18,608 rakyat Palestin terbunuh dan 50,594 lagi cedera dalam serangan oleh tentera penceroboh Israel, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved