
BEAUFORT: Festival Kebudayaan Bisaya Peringkat Negeri Sabah akan diadakan tahun ini bagi memperkasakan lagi budaya etnik itu menerusi pelbagai pertandingan membabitkan tarian serta muzik tradisi.
Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Datuk Ruslan Muharam berkata, festival itu turut melibatkan penyertaan daripada 18 zon PBBS di seluruh Sabah.
“PBBS ada perancangan untuk mengadakan Festival Kebudayaan Bisaya Peringkat Negeri Sabah kemungkinan pertengahan tahun ini yang turut melibatkan beberapa pertandingan kebudayaan Bisaya.
“Antaranya pertandingan kulintangan, bagandang (bergendang) dan tarian kebudayaan yang sudah tentu kita akan libatkan penyertaan golongan muda dari seluruh wilayah ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Festival Kulintangan PBBS Zon Lupak di Dewan Kampung Lupak, di sini, Selasa.
Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, selain memperkasa budaya, sambutan festival secara besar-besaran itu kelak juga bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda Bisaya.
Kata wakil rakyat Lumadan itu, ia perlu bagi memastikan tradisi dan kebudayaan etnik Bisaya kekal dalam kehidupan masyarakat itu sekaligus mengelak daripada hilang ditelan zaman.
“Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan generasi baru masyarakat Bisaya didedahkan dengan budaya ini menerusi pertandingan kebudayaan dan muzik tradisi etnik ini.
Terdahulu, pelbagai pertandingan diadakan di festival selama dua hari itu antaranya pertandingan kulintangan, tarian budaya, pakaian traditional (kanak-kanak) dan lagu Bisaya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

