PBM: Calon wanita di lima daripada tujuh kerusi Parlimen

Politics
5 Nov 2022 • 3:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

AMPANG: Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah mencipta sejarah dengan meletakkan calon wanita di lima daripada tujuh kerusi Parlimen (66.7%) yang ditandingi parti tersebut di dalam pilihanraya umum ke 15.

Mengetuai barisan calon wanita PBM ialah “president designate”, Datuk Zuraida Kamaruddin, yang mempertahankan kerusi Ampangnya, dan timbalan presiden parti Haniza Talha yang bertanding di kerusi Hulu Selangor.

Calon parlimen wanita PBM lain ialah Ketua Wanita PBM, Dr Daroyah Alwi (Kapar) dan Dayang

Rusimah @ Raynie Mohd Din (Labuan).

Nazmahwati Walli, seorang ahli perniagaan, akan bertanding di DUN Bugaya.

Mengulas mengenai langkah bersejarah itu, Zuraida yang juga Caretaker Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata ini selaras dengan agenda parti mengenai pemerkasaan wanita.

“PBM telah melangkaui kuota 30 peratus yang ditetapkan oleh sesetengah parti politik lain untuk calon wanita. Dalam PBM, kami percaya kaum Hawa perlu memainkan peranan yang lebih dominan dalam politik kita yang didominasi lelaki.

“Kajian menunjukkan wanita lebih peka terhadap keperluan pengundi. Saya percaya jika lebih ramai wanita memegang jawatan penting di dalam politik negara, masyarakat kita tidak akan berpecah belah seperti sekarang,“ kata Zuraida.

“Pemerkasaan wanita sudah berada di dalam DNA PBM. Inilah sebabnya kami merayu kepada pengundi untuk memberi peluang kepada PBM kerana kami percaya pemimpin wanita bukan sahaja efektif, tetapi mempunyai lebih empati,“ ujar Zuraida.