PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden

Politics
15 Jan 2023 • 7:36 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Ketua Penerangan PBM Pahang Mohd Faizal Helmi memaklumkan Bernama bahawa keputusan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan parti yang berlangsung hari ini.

“Pembubaran itu dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM (Datuk Larry Sng Wei Shien) yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM Datuk Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti,” katanya.

Lapan bahagian yang dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

Mohd Faizal berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada Setiausaha Agung parti. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved